Wednesday, October 15, 2014

SEJARAH AWAL 





Sejarah Tanah Melayu boleh dijejaki  sejak Zaman Paleolitik(Zaman Batu Awal, kira-kira 35000 tahun dahulu) diikuti dengan Zaman Mesolitik(Zaman Batu Tengah kira-kira 11000 tahun dahulu),Zaman Neolitik (Zaman Batu Baru kira-kira 5000 tahun dahulu) dan Zaman Logam(Zaman Gangsa Besi kira-kira 2500 tahun dahulu).
Bahan-bahan arkeologi membuktikan bahawa Tanah Melayu pernah diduduki oleh manusia pada zaman-zaman tersebut. Penempatan manusia Zaman Paleolitik telah dijumpai di Kota Tampan (Perak), Gua Niah (Sarawak) danTingkayu (Sabah). Orang Paleolitik yang tinggal di gua-gua batu kapur sejak 35000 tahun dahulu dipercayai penduduk terawal di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. 
Sementara itu penempatan-penempatan manusia zaman Mesolitik (juga dikenali sebagai orang Hoabinh) yang ditemui di Tanah Melayu ialah di Gua Cha (Kelantan), Gua Kecil (Pahang), Jenderam Hilir (Selangor), Gua Madai dan Gua Gomantong (Sabah) dan Gua Niah (Sarawak). Suku kaum orang asli Negrito dan Senoi merupakan keturunan orang Mesolitik.
Gomantong (Sabah), Gua Tengkorak dan Gua Niah. Penempatan-penempatan Zaman Logam adalah di Sungai Langat (Selangor), Batu Buruk (Terengganu) dan Sungai Tembeling. 
Sejak Zaman Neolitik lagi beberapa kawasan di Tanah Melayu menjadi tempat perdagangan. Ini kerana kedudukan Semenanjung Tanah Melayu yang terletak di tengah-tengah perjalanan pedagang China dan Arab. Pelabuhan-pelabuhan awal yang terdapat di Tanah Melayu Negeri-negeri Borneo ialah Kuala Selinsing (Perak), Sungai Emas, Pengakalan Bujang (Kedah) dan Jenderam Hilir (Selangor).Hasil bumi Semenanjung Tanah Melayu telah diketahui oleh pedagang-pedagang asing sejak abad pertama. Antara hasil bumi yang popular ialah damar , rotan dan bahan-bahan galian seperti emas dan swarnabumi iaitu emas bumi kerana terdapat banyak emas di Tanah Melayu. Begitu juga Ptolemy , menganggap Semenanjung Tanah Melayu adalah sebagai Golden Chersones yang bermaksud Semenanjung Emas.
Sejak kurun pertama lagi, beberapa buah kerajaan telah muncul di Nusantara ini, termasuk di Tanah Melayu. Antara kerajaan tersebut ialah Gangga Negara (Perak) , Langkasuka (Berhampiran Patani) , Tun Sun (Segenting Kra) , Cih Tu (Kelantan) di Semenanung Tanah Melayu. Funan dan Champa di IndoChina di Borneo Srivijaya di Sumatera serta Majapahit dan Singgahsana. Ini menunjukkan bahawa di rantau ini telah wujud beberapa buah kerajaan sejak lama dahulu. Kerajaan-kerajaan ini merupakan kerajaan awal yang mempunyai tanah jajahan dan berperanan penting dalam memajukan tamadun Melayu. Dengan demikian kawasan Nusantara bukanlah satu kawasan baru yang dikatakan sebagai ditemui dan diterokai oleh para penjajah barat.

No comments:

Post a Comment