Saturday, October 11, 2014

PENGENALAN
ÒDalam pengertian umum, dasar luar merangkumi maklumat, rancangan dan tindakan yangdiambil oleh sesebuah negara berhubung dengan negara-negara lain.
ÒDalam pengertian yang terhad dasar luar hanya mengutamakan aspek tindakan yang diambiloleh sesebuah negara untuk mempengaruhi keadaan yang berlaku di luar kawalannya. Iabiasanya berubah bergantung kepada keadaan semasa.


MATLAMAT DAN PRINSIP PEMBENTUKAN DASAR LUAR MALAYSIA
ÒObjektif dasar sesebuah negara lazimnya bertujuan untuk melindungi kepentingan negaradalam perkara keselamatan dan kestabilan ekonomi
ÒDi bawah pimpinan TAR (1960-an), dasar luar Malaysia bersifat pro-barat, anti komunis, danberbaik-baik dengan negara di kawasan Asia Tenggara
ÒIa menggalakkan kerjasama serantau dalam hal ekonomi, sosial dan kebudayaan
ÒDasar luar Malaysia mengutamakan hubungan yang erat dengan negara-negara Asia Tenggara,negara-negara OIC, negara-negara berkecuali dan negara-negara Komanwel
ÒPada waktu tersebut, kepentingan ekonomi diberi keutamaan yang lebih berbanding denganaspek politik dan keselamatan
ÒDasar luar Malaysia juga banyak bergantung kepada prinsip-prinsip berkecuali iaitumewujudkan hubungan yang baik dengan semua negara yang mengamalkan dasar amandan persahabatan, tanpa mengira ideologi atau kepercayaan mereka
ÒSalah satu unsur penting prinsip dasar luar Malaysia ialah keenggannannya terlibat dalammana-mana pakatan ketenteraan yang memihak kepada pihak Timur atau Barat selain dariperjanjian pertahanan untuk kepentingan negara
ÒBeberapa perkara diambil kira dalam pembentukan dasar luar Malaysia :-
1.Negara kita terletak dalam kawasan yang strategik dari aspek geo-politik di rantau Asia Pasifik
2.Ekonomi Malaysia berasaskan bahan-bahan mentah, oleh itu ia hendaklah memastikankestabilan politik di Asia Tenggara kerana keadaan stabil boleh mengancam kedudukanekonomi dan politik
3.Malaysia mempercayai konsep Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) iaitu kewujudan sistem antarabangsa yakni semua negara dapat hidup dalam keadaan harmoni.
4.Sebagai bekas jajahan British Malaysia terus menganggotai pertubuhan negar-negara Komanwel
5.Malaysia memainkan peranan yang positif dalam Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC)


MALAYSIA DAN ASEAN
ÒASEAN telah ditubuhkan pada tahun 1967, dan dianggotai oleh Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand dan Singapura dan kemudiannya telah disertai oleh Brunei pada tahun 1984
ÒNegara-negara anggota ASEAN telah bersetuju untuk mengadakan kerjasama dalam bidang ekonomi, sosial dan politik.
ÒDari sudut ekonomi, Malaysia telah mengadakan sistem ekonomi bebas (laissez faire) dantelah banyak membuat perjanjian dan perhubungan dengan negara-negara besar sepertiAmerika Syarikat, Jerman, dan Jepun .
ÒNegara-negara ASEAN telah mengeluarkan beberapa kenyataan mereka dalam satu pertemuandinamakan sebagai Deklarasi Bangkok an menitikberatkan perkara-perkara berikut :-
(a)Masalah dan kepentingan bersama
(b)Kerjasama serantau yang didorongi dengan semangat persamaan, persahabatan, keamanan, kemajuan dan kemakmuran
(c)Persefahaman dan kejiranan
(d)Membenarkan kedudukan sementara semua pengkalan asing dalam kawasan serantau.
Deklarasi tersebut juga telah menyenaraikan kegiatan-kegiatan seperti berikut :-
(a)Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial dan perkembangan budayaserantau melalui penerokaan bersama
(b)Menyelenggarakan kestabilan dan keamanan serantau


ÒCiri-ciri paling penting adalah mengutamakan kestabilan dan keselamatan, mengadakankerjasama ketenteraan atau pertahanan dan membenarkan kedudukan sementarapengkalan-pengkalan asing
ÒTan Sri Ghazali Shafie menggariskan 3 kategori isu keselamatan iaitu dalaman, serantau danluaran.


ASIA TENGGARA YANG BERKECUALI
ÒPada 27 November 1971, Menteri-menteri Luar ASEAN telah menandatangani Deklarasi Kuala Lumpur dan menerima konsep dasar berkecuali yang dikenali sebagai ZOPFAN.
ÒObjektif ZOPFAN adalah seperti berikut :-
(i) Untuk menjamin pengiktirafan bagi Asia Tenggara sebagai kawasan Aman, Bebas danBerkecuali, bebas daripada sebarang bentuk percampuran daripada kuasa-kuasa asing
(ii) Negara – negara Asia Tenggara hendaklah membuat usaha-usaha bersama untuk meluaskanbidang kerjasama yang akan menyumbangkan mereka kepada kekuatan, perpaduan danperhubungan yang rapat.
“We believe that if Southeast Asia were to be made a neutral zone, we would be saved from any threat or indeed any calamity of war in future”

(Tun Abd. Razak, Prime Minister, 1971)

No comments:

Post a Comment