Wednesday, October 15, 2014

KERAJAAN MELAYU MELAKA

Kerajaan Melayu Melaka 

Kerajaan Melayu Melaka telah didirikan oleh Parameswara pada awal kurun ke-15. kerajaan ini dianggap sebagai sebuah kerajaan agung pada zamannya. Keagungan Kerajaan Melayu Melaka dapat dikenal pasti melalui kemasyhurannya sebagai pusat perdagangan , pusat perkembangan agama Islam , keluasan tanah jajahan dan mempunyai hubungan politik antarabangsa dengan kuasa besar ketika itu seperti Negeri China. Pendek kata , Kerajaan Melayu Melayu merupakan sebuah empayar yang agung ketika itu.
Pemahaman tentang kedudukan Malaysia sekarang , misalnya tentang Islam sebagai agama rasmi dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara sebenarnya dapat diperjelaskan dengan memahami sejarah Kerajaan Melayu Melaka ini sendiri. Begitu juga dengan sistem pemerintahan negara , ia sedikit sebanyak ada persamaan dengan sistem pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka.
Dalam sistem berkerajaan ketika itu , Raja Melaka adalah ketua negeri , ketua agama Islam dan ketua tentera. Baginda dibantu oleh pembesar-pembesar negeri seperti Bendahara , Laksamana , Temenggung , Penghulu Bendahari dan Syahbandar.
Kerajaan Melayu Melaka ketika itu aman dan maju kerana adanya peraturan dan undang-undang. Antara undang-undang yang dilaksanakan dalam pentadbiran ialah Undang-undang Melaka (Hukum Kanun Melaka) dan Undang-undang Laut Melaka. Ini mencerminkan juga bahawa Kerajaan Melayu Melaka adalah sebuah kerajaan yang bertamadun tinggi pada zaman itu.

Kemakmuran Kerajaan Melayu Melaka dapat dilihat dari segi kedudukannya sebagai pusat perdagangan dan pusat penyebaran agama Islam. Kedudukan Melaka ditengah-tengah jalan perdagangan antara India dengan China merupakan faktor utama mendorong Melaka menjadi pelabuhan terkenal bagi pedagang-pedagang timur dan barat. Melaka juga menjadi tumpuan pendakwah-pendakwah menyebarkan agama Islam kerana Islam
merupakan agama rasmi kerajaan Melayu ini. Berpusat di Melaka , kemudiannya agama ini tersebar luas di kawasan Tanah Melayu dan kawasan-kawasan pulau Jawa , Kalimantan , dan selatan Filipina. Islam merupakan agama rasmi Kerajaan Melayu Melaka.
Penyebaran agama Islam menjadi lebih mudah dengan adanya Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan(lingua franca). Bahasa Melayu digunakan dengan meluas walaupun dikatakan bahawa di Melaka terdapat 82 bahasa yang dituturkan.
Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi negeri Melaka dan digunakan dengan meluas dalam sistem pentadbiran negara , sistem perdagangan , pertuturan harian , kegiatan dakwah dan ilmiah. Dengan demikian tidak hairanlah bagi kerajaan Malaysia pada hari ni menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara.
Di bawah ini merupakan faktor-faktor yang menyumbang kepada perkembangan dan keangungan dan juga factor-faktor yang menyumbang kepada kemerosotan Kerajaan Melayu Melaka.

Faktor-Faktor Perkembangan dan Keagungan

Beberapa faktor menjadi dasar perkembangan Kerajaan Melayu Melaka.
Faktor Geografi
1. Kedudukan negeri Melaka ditengah-tengah jalan perdagangan India dan China.
2. Negeri Melaka terlindung daripada angin Monsun Barat Daya dan angin Monsun Timur Laut.
3. Negeri Melaka mempunyai pelabuhan semulajadi yang dalam.
4. Adanya penempatan orang laut yang berperanan menjadi pertahanan Melaka daripada ancaman.

faktor ekonomi

1. Negeri Melaka dapat menumpukan kepada bidang perniagaan dan akhirnya menjadi pusat perdagangan di Gugusan Kepulauan Melayu
2. Negeri Melaka merupakan sebuah pusat perdagangan enterport bertaraf antarabangsa.

Faktor Politik dan Pentadbiran

Selain daripada faktor geografi dan ekonomi yang disebutkan di atas, di bawah ini disebutkan beberapa faktor lain , khususnya faktor politik dan pentadbiran . Antaranya ialah:
1. Hubungan dengan Negeri China memberi kesan yang positif ke atas perkembangan Melaka dari segi ekonomi dan politik. Dari segi keselamatan Melaka mendapat perlindungan daripada Negeri China. Dengan demikian , ia bebas daripada ancaman Kerajaan Siam dan kerajaan Majapahit.
2. Pentadbiran kerajaan Melaka yang cekap memelihara dan menjaga keamanan negeri. Ia mempunyai menteri yang menjaga hal ehwal pengurusan perdagangan dan pelabuhan (iaitu Syahbandar). Di sebalik itu , kerajaan Melayu Melaka juga mempunyai sistem ketenteraan yang kuat.
3. Sistem pungutan cukai yang baik.
4. Kerajaan Melayu Melaka mempunyai sistem undang-undang yang teratur (iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka). Hukum Kanun Melaka adalah berlandaskan undang-undang Islam.
5. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa perantaraan (lingua franca).
6. Pengunaan sistem mata wang yang diperkenalkan oleh pemerintah dalam urusan perdagangan dapat memperkembangkan sektor ini.
7. Selain daripada Cina , Melaka mempunyai hubungan diplomatik dengan kuasa luar seperti Jawa , India dan Siam.
8. Peluasan kuasa ke negeri-negeri lain (seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan sebahagian daripada Sumatera) membantu memperluaskan perdagangan dan menghapuskan kegiatan lanun.
9. Islam sebagai agama rasmi Negeri Melaka mengalakkan lagi perkembangan perdagangan dengan pedagang-pedagang Islam daripada India dan Arab. Tambahan , Melaka adalah penting sebagai pusat penyebaran agama Islam.

Faktor-Faktor Kemerosotan

Kerajaan Melayu Melaka dikatakan mencapai puncak kegemilangannya pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah (1459-1477).
Namun selepas itu Kerajaan Melayu Melaka mula melalui zaman keruntuhannya sehingga ke tahun 1511 apabila Melaka ditawan oleh Portugis, iaitu di zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah. Beberapa faktor telah menyumbang kepada keruntuhan atau kemerosotan Kerajaan Melayu Melaka. Faktor-faktor tersebut boleh dibahagikan kepada faktor dalaman dan faktor luaran.

Faktor Dalaman 

1. Ketiadaan kepimpinan yang cekap setelah kematian Bendahara Tun Perak. Tun Perak bertanggungjawab melaksanakan dasr peluasan kuasa. Sementara itu penggantinya Tun Mutahir (Tamil-Islam) merupakan pentadbir yang lemah sehingga mengakibatkan berlaku perebutan kuasa.
2. Pemerintahan yang lemah , Sultan Mahmud Syah dikatakan Sultan yang lemah dan kurang mengambil berat tentang pentadbiran. Amalan rasuah berleluasa , begitu juga dengan fitnah-memfitnah. Cukai yang tinggi menyebabkan pedagang-pedagang mengalihkan perhatian ke tempat lain.
3. Rakyat berpecah-belah dan tidak bersatu padu. Pentadbiran Tun Mutahir yang lemah menyebabkan orang melayu bermusuhan dengan golongan Tamil-Islam. Pergaduhan telah memecahbelahkan penduduk negeri Melaka.
4. Serangan orang Portugis. Orang Portugis diketuai oleh Alfonso d'Albuquerque menyerang Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511.

Faktor Luaran

1. Penemuan perjalanan laut melalui Tanjung Harapan di Selatan Afrika oleh Bartholomew Diaz pada tahun 1488 memudahkan lagi pelayaran orang barat ke Timur. Ini memberi perangsang kepada pelayaran Portugis ke timur. Ini memudahkan lagi penawanan Melaka.
2. Pedagang-pedagang mula mengalihkan pusat perdagangannya ke tempat lain akibat daripada kadar cukai yang tinggi.
Walaupun terdapat kerajaan-kerajaan lain di Semenajung Tanah Melayu ketika itu , seperti Kerajaan Kedah , Kerajaan Pahang , dan Kerajaan Johor , namun kerajaan Melayu Melaka merupakan kerajaan yang teguh berbanding dengan kerajaan lain yang sezaman dengannya. Namun daripada kesemua negara dapat dilihat bahawa sesebuah kerajaan yang agung itu akan bermula dan berakhir sekiranya kerajaan atau negara tersebut mempunyai masalah-masalah seperti yang dibincangkan di atas.
Kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka di tangan penjajah Portugis tidak bermakna bahawa tidak ada langsung kerajaan Melayu Semenanjung Tanah Melayu ketika itu. Putera-putera Sultan Mahmud telah mengasaskan Kerajaan negeri Perak dan Kerajaan Negeri Johor. Di Semenanjung Tanah Melayu juga terdapat kerajaan-kerajaan Melayu lain yang terus berkembang pesat umumnya dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu kerajaan-kerajaan yang tua yang terdiri daripada Kerajaan Kedah , Kerajaan Pahang dan Kerajaan Perak dan kerajaan melayu baru yang terdiri daripada Kerajaan Negeri Sembilan , Kerajaan Negeri Terengganu , Kerajaan Negeri Kelantan , Kerajaan Negeri Selangor . Sementara itu , selepas kejatuhan Melaka Kerajaan Johor menjadi sebuah Empayar yang besar dan johor menjadi tumpuan pedagang-pedagang asing.

Penjajahan Kuasa Asing

Sejarah menunjukkan bahawa Tanah Melayu telah dijajah oleh kuasa asing , baik dari barat mahupun dari timur. Kedatangan kuasa-kuasa ini pada peringkat awal dianggap sebagai pedagang-pedagang yang turut sama berdagang di negeri-negeri Tanah Melayu. Bagaimanapun kesilapan , kelemahan , dan masalah diambil peluang untuk menjajah. Tambahan pula kuasa-kuasa asing memang mempunyai sebab-sebab utama mengapa negara-negara Asia Tenggara , khususnya unutk memperolehi kawasan memberikan sumber bahan-bahan mentah (ekonomi) , dan juga menyebarkan kristian. Perjuangan rakyat untuk membanteras negara ini daripada cengkaman penjajah akan dibincangkan dalam bab ini.
Dari segi sejarah , negara telah dijajah selama lebih kurang 446 tahun , bermula dengan kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511. Selepas itu , penjajahan diikuti dengan Belanda , Inggeris , Jepun dan Portugis semula. Negeri Siam juga pernah menjajah beberapa negeri utama di Tanah Melayu. Di kalangan penjajah ini , secara perbandingannya , penjajah akan meninggalkan pengaruh yang agak kuat ke atas Negara ini , khususnya yang berkaitan dengan sistem pentadbiran , ekonomi , dan pendidikan. Penjajah Inggeris dan Jepun juga meninggalkan kesan pada hubungan etnik di negara ini. Oleh yang demikian pengetahuan tentang penjajahan adalah penting untuk memahami situasi negara sekarang.

Penjajahan Portugis

Penjajahan Portugis menduduki Melaka selama 130 tahun , iaitu daripada tahun 1511 hingga tahun 1641. Walaupun begitu lama menjajah Melaka , namun Portugis tidak bejaya meluaskan pengaruhnya. Usaha-usaha untuk menawan Naning dan rembau misalnya gagal. Pengaruhnya hanyalah di sekitar bandar Melaka. Matlamat asalnya untuk mengembangkan agama Kristian juga tidak begitu berkesan.
Antara kesan peniggalan penjajahan Portugis hingga ke hari ini ialah kewujudan masyarakat Serani akibat perkahwinan orang Portugis dengan penduduk tempatan , pengenalan tulisan rumi kepada masyarakat Melayu , kewujudan perkataan yang berasal dari bahasa Portugis (seperti almari , pasu , jendela , garpu dan tuala).
Kesan yang penting ialah kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka dan membawa kepada kemunculan Kerajaan Melayu-Riau. Namun selepas itu pengaruhnya begitu tidak berkesan di negara ini.

Penjajahan Belanda

Orang Belanda mula berdagang di Kepulauan Melayu pada abad ke-17. pusat perdagangan utamanya ialah di Betawi (Jakarta) di Pulau Jawa. Mereka menubuhkan Syarikat Hindia Timur Belanada (VOC) pada tahun 1602 dengan tujuan untuk menguasai perdagangan rempah di Kepulauan Melayu , disamping untuk memonopoli perdagangan bijih timah di negeri-negeri Melayu. Untuk tujuan ini Belanda telah menghancurkan kekuasaan Portugis di Melaka dengan matlamat utama untuk menarik pedagang-pedagang ke Betawi. Dalam tahun 1641 , Portugis di Melaka dapat dikalahkan dengan bantuan Kerajaan Johor. Bagaimanapun , seperti juga Portugis , Belanda tidak banyak meninggalkan kesan sejarah kepada penduduk di Negara ini.
Perebutan kuasa antara kuasa-kuasa penjajah menunjukkan bahawa negeri-negeri Melayu adalah idaman kuasa-kuasa barat , khususnya untuk tujuan mengeksplotasi sumber-sumber ekonomi di Kepulauan Melayu.

17 comments:

  1. what is the kepentingan kesultanan melayu melaka terhadap kerajaan-kerajaan melayu yang wujud selepasnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak yg diwarisi dari KMM sehingga kini...bkn sahaja bahasa..agama ..malahan kaum juga

      Delete
  2. what is the kepentingan kesultanan melayu melaka terhadap kerajaan-kerajaan melayu yang wujud selepasnya?

    ReplyDelete
  3. what is the kepentingan kesultanan melayu melaka terhadap kerajaan-kerajaan melayu yang wujud selepasnya?

    ReplyDelete
  4. what is the kepentingan kesultanan melayu melaka terhadap kerajaan-kerajaan melayu yang wujud selepasnya?

    ReplyDelete
  5. Pernyataan manakah yang memberi gambaran bahawa Melaka merupakan sebuah kerajaan yang bertamadun tinggi ketika itu?
    Select one:
    A. Agama Islam sebagai agama rasmi.
    B. Adanya Undang-undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka.
    C. Sultan Melaka menjalankan pentadbiran dengan cekap dan tersusun.
    D. Melaka mempunyai sultan dan pembesar yang berwibawa.

    apa jwpn dia ya? trima kasih

    ReplyDelete

  6. Kenapa kesultanan melayu melaka jadi salah satu ciri utama pembentukan negara bangsa malaysi

    ReplyDelete
  7. Terima kasih. ini banyak membantu.

    ReplyDelete
  8. Maksudnya penjajah hanya menjajah kerjaan melaka sahaja...bagaimana dgn kerajaan2 lain?

    ReplyDelete
  9. Apa impak kejatuhan kesultanan melayu melaka

    ReplyDelete
  10. Thanks for this post

    ReplyDelete