Wednesday, October 15, 2014

dasar pembangunan negara

DASAR PEMBANGUNAN NEGARA

Selepas merdeka, kerajaan memberi perhatian berat terhadap usaha membangunkan negara, terutama di kawasan luar bandar. Kemerosotan harga getah akibat persaingan daripada getah tiruan memperlihatkan struktur asas ekonomi negara yang terlalu bergantung kepada dua jenis komoditi iaitu, getah dan biji timah. Oleh yang demikian, kerajaan mengambil langkah dengan mempelbagaikan asas ekonomi bagi mengatasi keadaan ini dengan memperkenalkan komoditi lain selain getah dan bijih timah.
a) Rancangan Malaya Pertama(1956-1960)
Rancangan Malaya Pertama merupakan rancangan pembangunan pertama negara selepas mencapai kemerdekaan.Rancangan ini memberi tumpuan pada pembangunan luar bandar, terutama untuk memulihkan perusahaan getah supaya dapat bersaing dengan getah tiruan. Rancangan ini memberi tumpuan pada dua matlamat utama berikut;
i. Membangunkan sektor ekonomi di luar bandar bagi merapatkan jurang perbezaan pendapatan antara penduduk luar bandar dan bandar.
ii. Mengurangkan kadar kemiskinan dalam kalangan masyarakat luar bandar.
b) Rancangan Malaya Kedua (1961-1965)
Rancangan Malaya kedua memberi tumpuan untuk menyediakan lebih banyak kemudahan asas dan mempelbagaikan ekonomi di kawasan luar bandar.Rancangan ini menekankan matlamat berikut;
i. Mengurangkan jurang perbezaan taraf hidup antara kawasan
ii. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk penduduk di luar bandar
iii. Menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti kemudahan kesihatan pelajaran dan perumahan untuk penduduk di luar bandar.
iv. Mempelbagaikan kegiatan pertanian dengan menekankan pengeluaran pertanian yang lain sebagai tambahan kepada tanaman getah.
c) Rancangan Malaysia Pertama(1966 – 1970)
Rancangan Malaysia Pertama memberi tumpuan pada pembangunan negara secara menyeluruh yang meliputi semua bidang ekonomi. Program pembangunan negara melalui Rancangan ini berasaskan satu rancangan bersepadu berikutan kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam persekutuan Malaysia.
Matlamat utama Rancangan Malaysia Pertama adalah;
i. Mempelbagaikan kegiatan ekonomi dalam sektor perindustriaan untuk mengurangkan kebergantungan kepada getah dan bijih timah.
ii. Mengadakan peluang pekerjaan sebagai usaha untuk mengurangkan penggangguran
iii. Meningkatkan pendapatan dan penggunaan sumber dalam rakyat berpendapatan rendah.
iv. Mempercepat integrasi dalam kalangan penduduk dan negeri di Malaysia.


RANCANGAN JANGKA PANJANG PERTAMA(1971-1990)
a) Rancangan Malaysia Kedua(1971 – 1975)
Rancangan Malaysia Kedua dilaksanakan untuk memperbaiki kedudukan ekonomi yang tidak seimbang antara kawasan dan kaum yang dianggap sebagai punca pencetus Peristiwa 13 Mei 1969.
Rancangan Malaysia Kedua merupakan siri pertama dalam rancangan pembangunan DEB. Matlamat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara yang dilaksanakan melalui serampang dua mata antaranya;
i. Mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan.
ii. Mempercepat proses penyusunan semula masyarakat Malaysia.
Usaha-usaha membasmi kemiskinan;
i. Mewujudkan peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor untuk diisi oleh semua kaum.
ii. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum dan wilayah.
iii. Meningkatkan daya pengeluaran dan pendapatan dengan menambahkan kemudahan untuk semua golongan miskin di bandar dan luar bandar.
iv. Memperbaiki taraf hidup dan kualiti kehidupan melalui pelajaran, latihan, kesihatan dan kemudahan infrastruktur.
v. Mewujudkan suasana pekerjaan yang menggambarkan komposisi kaum.
b) Rancangan Malaysia Ketiga (1976 -1980)
RMK ke 3 merupakan peringkat kedua DEB. Buat pertama kali rancangan pembangunan wilayah diperkenalkan dalam rancangan pembangunan negara. Tujuan utama diberikan kepada penanaman getah dan kelapa sawit untuk tujuan eksport. Isu perpaduan masih menjadi perhatian utama dalam pembangunan ekonomi.
c) Rancangan Malaysia Keempat (1981 – 1985)
Rancangan Malaysia keempat adalah rancangan untuk memperkemas langkah dan program yang terkandung dalam Rancangan Malaysia Kedua dan Rancangan Malaysia Ketiga untuk mencapai sosioekonomi DEB.
Program pembangunan masih diteruskan dengan memberi keutamaan kepada sektor perusahaan dan pertanian. Penekanan diberikan kepada perusahaan berat berasaskan pelaburan modal dan penggunaan teknologi tinggi serta keperluan tenaga pekerja yang mahir.
d) Rancangan Malaysia Kelima(1986-1990)
RMK ke 5 masih meneruskan pembangunan sektor pertanian dan dilaksanakan melalui penggunaan tanah dengan lebih cekap, memaksimunkan sumber tenaga manusia dan menambahkan peluang latihan kemahiran dalam sektor awam dan swasta.Usaha mempercepatkan perkembangan sektor perusahaan diperkenalkan dengan;
i. Meningkatkan peranan sektor swasta dan kecekapan pengurusan dalam kalangan agensi kerajaan.
ii. Mempergiat perusahaan pembuatan dengan menubuhkan Perusahaan Otomobil Nasional Berhad iaitu perusahaan membuat kereta nasional negara.



RANCANGAN PEMBANGUNAN NEGARA FASA 3
e) Rancangan Malaysia Keenam (1991 – 1995)
Rancangan Malaysia Keenam digubal untuk mengekalkan pembangunan dan menguruskan kejayaan ekonomi negara supaya pembangunan seimbang dapat dicapai selaras dengan objektif yang ditetapkan oleh Dasar Pembangunan Nasional.
Strategi yang digariskan untuk mencapai matlamat RMK ke 6
i. Meningkatkan Kecekapan dan daya saing ekonomi dengan menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam mengembangkan ekonomi negara.
ii. Mengurangkan penyertaan secara langsung sektor awam dengan meningkatkan keupayaan sedia ada sektor swasta untuk melaksanakan program pembangunan infrastruktur, pembangunan sumber manusia dan penyediaan perkhidmatan sosial.
iii. Mengekalkan dasar liberalisasi dan pelonggaran peraturan undang-undang untuk memperbaiki iklim pelaburan dalam negara menggalakkan pertumbuhan sektor swasta dan pelaburan asing.
iv. Menggalakkan pertumbuhan pesat proses perindustrian dengan menggunakan teknologi yang lebih canggih bagi menghasilkan keluaran yang berkualiti untuk memenuhi keperluan pasaran di negara maju.
v. Mengukuhkan perkembangan pasaran kewangan dan modal supaya tabungan dalam negara dapat ditingkatkan dan disalurkan secara cekap kepada sektor-sektor ekonomi yang produktif.
f) Rancangan Malaysia Ketujuh (1996 – 2000)
RMK 7 digubal seiring dengan hasrat negara menyokong dan mengekalkan proses pembangunan. Teras RMK 7 adalah untuk meningkatkan pertumbuhan potensi keluaran, memesatkan peralihan struktur dan pembangunan seimbang. Tumpuan Rancangan adalah untuk meningkatkan produk dan kecekapan, terutama melalui pemberian insentif kepada sektor swasta.

g) Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005)
RMK 8 merupakan rancangan pembangunan pertama dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang. Dasar Wawasan Negara yang terkandung dalam RRJP3 berperanan menentukan arah pembangunan negara dalam dekad pertama abad ke 21.
Rancangan Malaysia Kelapan menggabungkan strategi, program dan projek yang dirangka bagi mencapai objektif Dasar Wawasan Negara, iaitu menjamin pertumbuhan mapan dan pengukuhkan daya tahan ekonomi negara serta mewujudkan masyarakat yang bersatu dan saksama.
Dasar Wawasan Negara menggabungkan teras dan dua dasar pembangunan terdahulu, iaitu Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional dengan objektif utamanya untuk mencapai perpaduan nasional. Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum, penyusunan semula masyarakat dan pembangunan yang seimbang masih menjadi strategi utama Dasar Wawasan Negara.
h) Rancangan Malaysia Kesembilan (2006 -2010)
Rancangan Malaysia Kesembilan merupakan peringkat kedua pelaksanaan RRJP3 dan fasa kedua pelaksanaan Wawasan 2020. Penekanan diberikan kepada pembangunan insaniah yang melibatkan penggunaan secara optimum pembangunan fizikal yang telah disediakan.
Rancangan ini menggariskan enam cabaran;
i. Meningkatkan prestasi dan kemampuan Malaysia
ii. Mengukuhkan daya saing dan daya tahan ekonomi negara dan meningkatkan kegiatan inovasi
iii. Meningkatkan daya pengeluaran dan tahap pengetahuan dalam ekonomi.
iv. Membangunkan sumber manusia.
v. Memperhebat langkah pembasmian kemiskinan.
vi. Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan berkualiti tinggi melalui sistem yang cekap dan berkesan.

No comments:

Post a Comment