Pembangunan dan perkembangan sains dan teknologi.
· Era globalisasi ini meletakkan sains dan teknologi sebagai satu aspek penting dalam menjalankan pembangunan Negara. Ketidaktentuan ekonomi dunia mendesak kerajaan secara konsisten mempertimbangkan daya saing eksport yang sudah tentu melibatkan bidang sains dan teknologi dengan skala yang lebih besar. Khususnya bagi menggiatkan dan meningkatkan kualiti bagi semua sector.
· Pelbagai usaha telah dan akan terus dilaksanakan oleh kerajaan bagi meletakkan Negara Malaysia setaraf dengan Negara-negara maju.
· Usaha kerajaan mengabungkan urikulum sains dengan kompenan nilai dan kemanusiaan akan membentuk saintis warga Malaysia yang bukan sahaja menjadi pengikut dan pengguna hasil kerja sains dan teknologi orang laintetapi berupaya menjadi penyumbang kepada sains dan teknologi sendiri sekaligus merealisasikan hasrat Negara.
· Negara masih lagi kekurangan saintis. Jumlah saintis yang sedia ada hanya pada kadar 18 orang saintis bagi setiap 10000 orang. Justera kerajaan perlu bertindak dalam usaha memenuhi matlamat wawasan 2020 bagi memastikan kouta 60 saintis bagi 10000 penduduk tercapai.
Konsep sains dan teknologi
- · Sains bermaksud ilmu pengetahuan yang teratur (sistematik) yang boleh diuji atau dibuktikan kebenarannya.
- · Ia boleh dilihat sebagai satu sistem pemikiran dan interpresi fenomena alam yang mengutamakan nilai-nilai kebenaran, penakulan, kerasionalan, logic, ilmu, bukti nyata dan dalil.
- · Ia menjadi alat apabila bersama teknologi yang bersesuaian , digunakan untuk memproses bahan ke dalam bentuk yang memenuhi keprluan manusia.