Saturday, October 11, 2014

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Menggunakan acuan tempatan dengan memperkasakan dari segi bahasa pengantar, sukatan matapelajaran dan kurikulumnya
Terkandung dalam Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957
Semakan semula ordinan yang menghasilkan Penyata Rahman Talib 1960
Kemudian dimaktubkan sebagai Akta Pelajaran 1961
Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan supaya mencapaiobjektif perpaduan dan memenuhi keperluan negara.
Laporan Jawatankuasa itu telah diterbitkan pada tahun 1979


Matlamat Dasar PendidikanKebangsaan
Menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara danmenggalakkan perkembangan budaya, sosial, ekonomi dan politik
Berpandukan Penyata Razak 56 & Rahman Talib 60 : mentafsirkan sbg penyatuan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja dlm bidang ekonomi.


Falsafah Pendidikan Negara
Berasaskan pendekatan keseimbangan J.E.R.I
Bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia berilmu pengetahuan, berketrampilan,berakhlak mulia, bertanggungjawab serta mampu mencapai kesejahteraan diri lalumenyumbangkan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dannegara


Strategi Untuk Mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan
Bahasa Kebangsaan sbg bahasa pengantar
Mengadakan kurikulum yang sama berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah
Sistem peperiksaan yang sama
Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan
 Meningkatkan mutu pendidikan menyeluruh
Menyediakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun
Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dan membuka peluang kepadagolongan kurang bernasib baik dan di luar mahupun dalam.
Memperkenalkan sistem KBSR & KBSM berasaskan perkara 3M
Memperluaskan pendidikan vokasional dan teknik
Mempermudahkan dan memperbanyakkan kemudahan universiti
Mempertingkat aspek kerohanian, moral dan disiplin
Bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris wajib yang diajar di sekolah dan memberi peluangpembelajaran bahasa lain (Tamil & Mandarin)
Menggalakkan aktiviti kokurikulum yang memupuk disiplin.
Memperkenalkan sekolah wawasan
RIMUP - Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan. Objektif RIMUP :
1) Menggalakkan penyertaan guru dan murid dlm kegiatan bersama
2) Mewujudkan sikap kerjasama
3) Melahirkan persefahaman atr murid pelbagai kaum
4) Berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran dlm kegiatan khas
Menawarkan pembelajaran bhasa Tamil & Mandarin di sekolah kebangsaan
PIPP – Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
**Secara jelas banyak dasar dan sistem pendidikan memberi ruang kepada penyatuanrakyat berbilang kaum di negara ini


DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN SEBAGAI STRATEGI PENYATUAN MASYARAKAT MALAYSIA
Peranan sistem pendidikan meliputi aspek menyediakan persekitaran serta kemudahan sosialisasi di kalangan sebilangan rakyat Malaysia
Dalam mencapai usaha itu beberapa aspek perlu diberi perhatian :-
1)Menggalakkan wujud sistem satu persekolahan dari peringkat pra hingga universiti, satu bahasa perantaraan, kurikulum dan kokurikulum yang seragam serta peperiksaan yang sama sekaligus jenis pensijilan yang mempunyai pengiktirafan yang sama
2.Penyediaan kemudahan pengajaran dan pembelajaran bahasa kaum-kaum utama dinegara ini di peringkat sekolah menengah dan rendah
3. Sekolah satu kaum sahaja (SJK) diberi peluang untuk berinteraksi dengan pelajar sertaguru sekolah kebangsaan melalui penyertaan acara sukan dan kokurikulum, acarasosial, khemah kerja dan sbgnya.
4) Kurikulum sekolah rendah dan menengah diberi tumpuan dalam aspek pembinaan negara bangsa dan sejarah negara, budaya dan adat resam kaum2 di Malaysia, agama dan kepercayaan utama negara
5) Pendidikan dan kokurikulum menerapkan sikap dan nilai yang mendokong kepada pencapaian perpaduan negara.
6) Pendidikan sepanjang hayat melalui program pendidikan yang dijalankan oleh pelbagai pihak dan agensi dan pihak di luar sistem pendidikan formal


MEMPERKASAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN
Bagi membolehkan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan, profesion keguruandipertingkatkan dengan program pensiswazahan guru-guru di peringkat sekolah rendahdan menengah
Semangat perpaduan di peringkat sekolah dengan memperkasakan sekolah kebangsaanboleh dijalankan seperti berikut :-


MEMPERKASAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN
1)Tidak mengetepikan proses penguasaan bahasa ibunda masing-masing denganmemperkenalkan pengajaran bahasa Mandarin dan Tamil
2)Memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan interaksi antara golongan etnik
3)Mengadakan lebih banyak aktiviti dengan golongan etnik
4)Mengadakan program interaksi antara sekolah dengan lebih banyak lagi ;meningkatkankemahiran berinteraksi


SEKOLAH WAWASAN
Salah satu pendekatan alternatif untuk memupuk nilai perpaduan kaum dan integrasinasional.
Pembinaan beberapa sekolah yang mempunyai bahasa pengantar yang berbeza di sebuahkawasan yang sama dan berkongsi kemudahan yang sama (dewan, padang kantin dansebagainya)
Memberi peluang yang luas untuk bergaul dan berinteraksi antara etnik


DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN SEBAGAI ASAS PEMBENTUKAN MASYARAKAT MALAYSIA
Seperti DKK tujuan asal dalam membentuk masyarakat Malaysia adalah untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan saling menghormati.
Dalam membentuk masyarakat plural yang harmoni, segala asas, strategi dan juga objektif DPK adalah amat perlu untuk difahami dan diaplikasikan oleh masyarakat.
Penyatuan falsafah dan objektif yang seimbang dalam DPK diwujudkan berasaskankepentingan hubungan etnik yang pelbagai di Malaysia
Kerajaan juga telah memperkenalkan Pelan Pembangunan Pendidikan 2001-2010 yangbertujuan mewujudkan sebuah masyarakat yang saksama melalui peningkatan paraspendapatan dan kualiti hidup untuk golongan berpendapatan rendah danmengurangkan jurang ekonomi antara etnik dan kawasan.
Secara keseluruhan, dalam konteks hubungan antara kaum dlm masyarakat Malaysia, DPKdengan acuan tempatan berada di atas landasan yang tepat untuk membawa generasimasa hadapan sebagai generasi yang bersatu padu.

Pendekatan yang dibawa oleh DPK berbentuk holistik. Dasar ini selaras dengan dasarsemasa ke arah pembinaan bangsa Malaysia yang unggul.

No comments:

Post a Comment